Isnin, April 09, 2012

Jom Masak-masak… =)


Entah kenapa tiba-tiba nak letak resipi pulak kat sini hari ni. (Oh, hari ni sahaja ya!)

Resipi pertama:

Ayam masak Merah (Riana's Style)

Bahan-bahan:

(Bahan A)

- Ayam (3-4 ketul- boleh disesuaikan dgn berapa org yg ingin makan…)
- 3 helai daun limau purut (boleh diletak jika suka harumannya.)
- Garam secukup rasa.
- Serbuk kunyit
- Minyak masak.

(Bahan B - Dikisar)

-5 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 7 biji cili padi (ini ikut kesesuaian tahap kepedasan )
- 3 batang serai (dihiris halus)
- 10 tangkai cili kering (ini juga ikut kesesuaian tahap kepedasan ya! )

Cara membuat:

1. Bersihkan ayam dan tuskan kering. Kemudian gaul garam dan serbuk kunyit padanya. Kemudian goreng di dalam kuali bersama minyak panas.
2. Tidak perlu goreng terlalu garing. Goreng sekadar masak isinya.
3. Setelah 15 minit, angkat ayam yang telah digoreng tadi dan ketepikan.
4. Panaskan minyak, dan tumis Bahan B tadi sehingga naik bau. Masukkan daun limau purut.
5. Setelah pecah minyak atau tumisan tersebut sudah masak, masukkan ayam yang digoreng tadi.
6. Letak garam secukup rasa.
7. Setelah mendidih, sedia di hidangkan.

(p/s: Biasanya saya jarang meletakkan garam, kerana semasa mengoreng ayam tu, ayam dah cukup masin. Kalau tambah lagi…pasti ada yg kena darah tinggi nanti. Sesiapa yg suka, boleh letakkan santan sedikit… rasanya akan sama macam rendang…hehehe. Sesiapa yg nak tambahkan serbuk perisa, silakan. Saya tak letak…sbb memang tak pernah guna di rumah ni.)
Jeng jeng jeng… nanti saya letakkan gambar resipi yang telah siap..