Ahad, Januari 09, 2011

Sahabat sejati…sukarkah ditemui?

Ada pelbagai definisi sahabat.  SAHABAT…semua orang mempunyai pelbagai definisi sendiri tentang tujuh perkataan ini. 
Sahabat ialah insan yang boleh memahami kita sewaktu susah dan senang. Dia sentiasa dekat dengan kita walaupun dia berada beribu batu dengan kita (definisi Pakar motivasi Dr. Fadzillah Kamsah).


Pada Riana, setiap manusia di dunia ini dilahirkan dengan pelbagai jenis tabiat sama ada yang baik atau yang buruk. Jadi definisi sahabat bagi Riana ialah seseorang yang dapat menerima baik buruk perangai seorang yang lain, boleh menegur yang mana buruk dan menerimanya. Kita bukan manusia sempurna bukan…ada saja tabiat menjengkelkan hati yang kita sendiri tak menyedari.


Sesungguhnya hidup Riana dari zaman remaja banyak dipengaruhi sahabat keliling. Dari zaman duduk asrama, sampaila saat ini…Riana tak boleh hidup tanpa sahabat atau teman disisi. Macam zaman sekolah rendah dulu, kawan-kawan Riana terdiri dari lebih dari 3 orang. Tak boleh hidup la kalau setakat berkawan berdua jer. Tapi memangla…antara ramai-ramai tu, 1 atau 2 orang memang paling rapat untuk berkongsi rahsia hati. 
Berpindah ke zaman menengah, zaman asrama pula… berkawan seramai yang boleh. Waktu tu kitaorang selalu jer buat perangai gila… Buat hal pun memang selalu. Maklumlah zaman-zaman nakal. 
Berpindah ke zaman matrikulasi pun sama. Tambah-tambah lagi bila satu rumah tu semua satu kepala walaupun masing-masing lain-lain course. Seronok giler waktu tu. Rajin betul buat benda-benda yang nakal. Kacau orang itu ini. Kena kacau pun ya. 
Cuma  bila masuk zaman universiti jer agak kurang sikit sahabat. Entah kenapa jadi sangat pasif. Antara banyak-banyak kenangan, zaman Universiti paling muram. 
Now ni dah kerja pun masih lagi ramai kawan-kawan. Insya Allah masih disenangi walau dalam keadaan tidak disenangi. Hahaha…keadaan apa tu? 
Tapi ye la…kadang-kadang kawan boleh jadi lawan tiba-tiba. Macam-macam hal tak diduga berlaku tanpa disangka. Tiba-tiba kita tersedar keadaan tak sama lagi macam waktu mula-mula bersahabat. Tiba-tiba tertanya sendiri sama ada kita yang berubah atau sahabat kita yang berubah. Tiba-tiba kata manis bertukar jadi sindiran. Tiba-tiba lawak jenaka yang dulu jadi bahan ketawa…kini dah boleh jadi senjata membelah hati dan perasaan. Sedih bukan perasaan tersebut.
Tapi apakan daya, dalam perhubungan akan di uji dengan pelbagai ujian. Terima dengan redha dan muhasabah diri atas kekurangan diri.  


Jadi…hargai perkongsian yang dikurniakan Tuhan buat anda. Lagi seronok dan bermakna bila sahabat kini jadi kekasih hati *wink wink* Semoga dirahmati selalu… Amin =)

Ahad, Januari 02, 2011

Jaga hati sendiri…




Ini mungkin resolusi baru juga… Jaga hati sendiri dulu sebelum jaga hati orang lain…buat orang yang terlalu lembut hati macam saya nih… Walaupun menyakitkan…tapi itu yang harus dilakukan…


p/s: Tiba-tiba dtg semangat berkobar2 nak buat entry setiap hari walaupun pendek. Nak latih kembali semngat menulis yg telah tumpul…

Sabtu, Januari 01, 2011

Selamat Tahun Baru 2011…



Owh…dengan  mata yang bengkak menulis pagi ni…haih… Tak syok betul! Malam tahun baru wat hal…… Tapi apa-apa pun……melangkah ke hari yang baru tahun yang baru, inginku lupakan segalanya…


Selamat Tahun Baru 2011…


p/s: entry pertama untuk tahun 2011. =)