Ahad, Januari 27, 2008

Moshi...Moshi...







Salam buat semua, takder apa yg nak ditulis. Otak dah rasa kering sangat dengan idea. Cuma tangan jer cam gatal sangat nak mengetuk kekunci key board ni! Apa leh buat...


Oleh kerana terlalu mengikutkan sangat kehendak tangan ni, maka menarilah ia mengikut tarian yg hendak ditarikan.

Mari kita buka sesi bercerita...
Bercerita perihal bagaimana ryana boleh terjerumus ke alam penulisan.... Ia bermula lama dahulu. Rasanya waktu umur 13 thn. Mula2 dulu suka sangat baca buku. Apa saja jenis buku. Riana ada ramai adik-beradik. So, ada ramai kakak dan abang yg ketika itu dah sekolah menengah dan dah habis sekolah pun. So, buku-buku dia orang jadi bahan bacaan riana lah. Tak kira apa... majalah sekolah pun boleh jadi kerja ditatapnya...
So, bila masuk Tingkatan 1, Riana kena dok asrama. Di asrama, ramai senior2 yg berbakat dlm menulis. Karya2 mereka pula jadi bahan bacaan Ryana. Kisah remaja... yg memang layan habis. Waktu di asrama juga memang hantu dengan buku. Riana dah boleh hafal Novel Khadijah Hashim, berjudul Badai Semalam. Malah setiap novel beliau memang Riana minat. Dari situlah mulanya minat menulis.
Riana mula melakar kisah... dan tak sangka pula kawan2 sudi membaca citer yg bukan2 tu. Hehe... Maka setiap tahun, ada jer citer baru. Sampaikan ada kengkawan yg booked suruh buat citer yg dia orang dah set jln ceritanya. Katanya nak buat kenang-kenangan. So, atas permintaan, buat ajelah... Nak tahu time bila yg paling best melakar2 citer ni? Masa sekolah dulu... time periksa, paling best kalau kena buat essay. Kertas2 yg dah habis buat essay tu, Riana akan gunakan utk tulis apa saja yg ada dlm kepala otak waktu tu. Sekurang2nya Riana x buang masa ya! Sampai habis masa pun sanggup tunggu dalam dewan periksa.
Dulu mak atau kakak selalu marah sebab selalu sangat tulis dan tulis sehingga byk sangat buku kat umah tu. Hehe... Tapi sekarang ni takde lah!
Hobi tu dah jadi mcm darah daging pula. Hinggakan kalau tak menulis, Riana jadi macam tak boleh hidup. Kena juga menulis walau sebaris ayat. Hobi tu menular hingga ke peringkat universiti. Tapi tak delah sampai nak masuk pertandingan. Bila sampai tahun akhir... baru terfikir nak publish...( sbb thn2 sebelum tu memang bz sangat) Sekurang2nya hadiah buat kengkawan yg memang dah lama menunggu.
Akhirnya lahirlah Hadirnya Cinta... (2006) CESB dan kemudian Tautan Kasih (2007) Alaf 21. Dan ianya hadiah yang amat bermakna untuk semua...




Riana tak akan berhenti di sini setelah melahirkan dua novel ini... Pastinya langkah akan diteruskan...




Khamis, Januari 17, 2008

Wish

N3 pendek.
Bestnya kalau dapat bersenang-lenang, letak n3 and then dpt baca blog orang lain... ;)

Selasa, Januari 08, 2008

Review utk Tautan Kasih...







Alhamdulillah, dah banyak komen dan review yg Ryana baca di internet mengenai novel Tautan Kasih yg telah berada di pasaran lebih 6 bulan yg lalu. Kali ni, Ryana nak letak beberapa review dari emel dan yg Ryana baca dari Internet!





Review 1 dari Adhan~ dunia-novel.blogspot





Monday, July 9, 2007
Tautan Kasih
Tajuk : Tautan KasihPenulis : Ryana Adrina



Penerbit : Alaf21 Sdn. Bhd.


Harga : RM17.00





Wajahmu masih kutatap meskipun telah terlindung di balik tirai semalam…Athirah dan Irfan – kasih mereka pernah bertaut, tapi sayang seribu kali sayang….pertemuan kedua hanya berlaku di saat masing-masing hamper memulakan hidup baru…lalu bagaimanakah kesudahan kasih mereka? Dapatkah mereka menjalani kehidupan sebagai suami isteri seperti yang mereka inginkan satu ketika dulu…Kataku :Di Hati Cinta Bermula (DHCB)…itulah tajuk asal bagi Tautan Kasih… asalnya TK adalah sebuah enovel dan pastinya bagi yang rajin melayari internet dan terpaut untuk mengikuti enovel pernah terbaca enovel DHCB karya Ryana ini…ryana menghentikan DHCB tatkala klimaks…ramai yang tertanya-tanya apa yang terjadi pada Athirah dan Irfan…semua peminat DHCB berharap agar DHCB dibukukan dengan kadar yang segera..akhirnya setelah setahun blog DHCB ditutup, DHCB muncul kembali dalam versi cetak dengan nama baru; Tautan Kasih. TK merupakan novel kedua ryana kerana sebelum ini ryana pernah menghasilkan sebuah novel dengan salah sebuah penerbitan lain.Bagi yang tidak pernah mengikuti TK versi enovel, mereka mungkin merasakan bahawa versi cetak ini sudah cukup ramuannya tapi bagi saya yang pernah membaca versi enovel, saya dapat rasakan kekurangannya lantaran pihak penerbitan memotong beberapa part. Apa sebabnya hanya pihak penerbitan sahaja yang tahu tapi syukur kerana ‘pemotongan’ tersebut tidak menjejaskan jalan cerita asal…pembaca masih boleh faham walaupun ada yang ‘dipotong’. Yang keduanya saya tak berapa puas hati sebab sekejap je saya dah habiskan TK..apa maknanya? Maknanya TK ni nipis je…DHCB lagi panjang…mungkin pihak penerbitan takut nak buat tebal-tebal sebab ini buku pertama ryana dengan mereka..kalau tebal mesti kena jual mahal jadi mungkin takut tak terjual makanya TK nipis je..430 mukasurat je…tapi sebenarnya pihak penerbitan tak perlu takut untuk terbitkan enovel ke versi cetak sebab enovel ni dah sah-sah ada peminat berbanding novel yang terus dihantar oleh penulis..tambahan sekarang ni orang takut nak beli novel penulis baru yang takde nama sebab takut tak berkualiti…kalau penulis yang dah ada nama takde masalah sebab mereka dah ada nama dan dah ada peminat sendiri…Tahniah buat ryana…ending dia memang menepati apa yang saya harapkan…teruskan menulis..jangan putus asa…jadikan segala komen dan kritikan sebagai penguat semangat…saya puas hati sangat dengan TK sebab memang saya tunggu kemunculannya…








Review ke 2 oleh Eriarose (eriarose.multiply.com)






Tautan Kasih (2007)
Jul 15, '07 8:59 PM

Category:
Books
Genre:
Romance
Author:
Ryana Adriana




Berkisar kepada ‘love life’ Athirah yang sentiasa penuh dugaan dalam mencari kebahagiaan yang diimpikan. Dia adalah seorang gadis yang berkerjaya, berkarisma dan tabah dalam menempuh hidup. Namun dia sentiasa merasakan dia kekurangan sesuatu, jiwanya kosong walaupun telah mempunyai tunang.Ini kerana Athirah sentiasa dibayangi oleh kenangan lalu, cinta pertama semasa dibangku sekolah .. Ahmad Irfan Iskandar lelaki yang tidak pernah luput dari hati, juga mimpi-mimpinya. Sungguhpun telah 10 tahun berlalu, perpisahan tanpa kata masih mengikat hati Athirah kepada lelaki itu. Athirah sedar, dia harus memberi peluang kepada hatinya untuk menerima dan memberi, tapi dia tidak pandai mengungkap kalimah cinta dan menunjukkan perasaan sayangnya seperti orang lain. Ini membuatkan Danish tunangnya menjadi bosan dan merasa tidak dihargai selama ini. Hari bahagia yang diimpikan musnah.Pertemuan semula, Athirah dan Irfan membangkitkan semula perasaan cinta, ditambah lagik kehadiran Farah Marlissa dan Farah Hayana (anak2 comel Irfan dengan Wani bekas isteri pertamanya). Perjalanan cinta Athirah sentiasa diduga, sehinggalah dia terpaksa membawa diri, jauh dari orang-orang yang disayanginya.. Ending.. macam biasalah ‘happy ending’!!!Novel ni memang best, walaupun macam cerita berat je tapi pembaca takkan rasa bosan. Sedikit kelainan yg ditonjolkan oleh penulis, banyak flashback kepada kenangan2 lalu. Perasaan aku bila membaca novel nie, kekadang tak puas hati sikit dgn Athirah yang macam ‘kayu’ tak reti nak tunjuk sayang kepada org yang menyanginya. Danish punyalah baik layan dia, tapi Athirah nie macam pentingkan diri sendiri sikit. Dah realitynya, kalau dah tak sayang, kita ada je alasan nak kuar kan!!. Kalau aku between Danish & Irfan aku lagik pilih Danish la.. dia buat silap sikit je, didorong oleh perasaan cemburu dan marah kerana cinta dan sayang dia dihukum sebegitu sekali. Terharu aku bila sepatutnya mereka kuar makan tapi Danish hantar Athirah yg keletihan dan tertidur terus pulang...Irfan pulak, aku geram sikit, dia buat kesilapan dua kali, tak serik2 betul mamat nie. Kata kene fikir sebelum buat keputusan hidupnya kali kedua, tup tup silap lagik, suh pinang anak org tak kenal luar dalam, akhirnya dia gak yg susah, actually susahkan Athirah lagik banyak... hish hish!! Tapi apa2 pun semua orang ada pilihan sendiri.. Athirah dan Irfan dah jodoh … nak kata apa lagik!! aku nie bias sikit, terharu kut bila Danish peluk Athirah yg hatinya dah beku untuk terima dia balik !! hohohohoho .. maafkanlah aku, I think I have a ‘thing’ for Danish, suka sangaat nama dia, dan charming !!!


Sinposis (from Alaf 21):Athirah merasakan hidupnya kosong. Ada yang menyayangi, namun hati menidakkan. Ada yang disayangi, tapi si dia menghilangkan diri. Lantas, apa lagi yang tinggal pada dirinya. Dia sedar, dia harus memberi peluang kepada hatinya untuk menerima dan memberi, tapi dia tidak pandai mengungkap kalimah cinta.Sebenarnya, ada jejaka yang amat mencintai Athirah, iaitu Irfan. Namun, kehadiran Farah Marlissa dan Farah Hayana menyegarkan kisah cinta mereka. Apa pula yang berlaku dengan kehadiran semula Syazwani dan Danish? Siapa mereka di hati Athirah dan Irfan. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan segera 'Tautan Kasih'. Harga: RM17.00Halaman: 444 Rate: ***

Review 3 dari Forum Cari.com

(Komen dari forumer-aprilsnow)

Haku dah habis baca citer nie semalam....jalan cerita mudah, x berbelit2 atau meleret2...hakupun bagi 3 1/2 bintang gak cam acun.. Citer nie sebenarnya mengungkap kenangan cinta pertama Athirah, watak utama dlm novel nie. Kisah cinta pertama di zaman sekolah antara Athirah dan Irfan Iskandar yang terus menjadi bayangan dlm hidupnya sehingga dewasa. Hubungan mereka terputus bila Irfan yang melanjutkan pelajaran ke luar negara tidak lagi menghubungi Athirah selepas Irfan menjalin hubungan dgn Siti Syazwani yg dikenalinya di luar negara.Bila Irfan yg sudah bergelar duda dan menpunyai 2 puteri dan sedang merancang bertunang dgn setiausahanya Zuriana, dia dipertemukan semula dgn Athirah .2 anak Irfan serta ibunya terlebih dahulu menjumpai Athirah akibat suatu peristiwa di hospital. Mereka saling berhubungan dan semakin akrab tanpa menyedari Athirah dan Ifran saling mengenali antara satu sama lain malah mereka berdua pernah bergelar kekasih suatu waktu dahulu.Konflik meletus bila Irfan jatuh cinta semula dgn Athirah.Fitnah yg dicipta oleh bakal tunangan Irfan akibat kecewa dgn Irfan dan dendam pada Athirah mencetuskan kemarahan keluarga Athirah.Sebagai seorg sellibriti TV terkenal,Athirah dicemuh masyarakat sekeliling.Kerana kecewa dgn keluarga juga demi menjaga keharmonian semua Athirah memutuskan utk meletak jawatan dan melanjutkan pelajaran ke luar negara tanpa pengetahuan Irfan juga keluarga.Takdir mengatasi segalanya. Sudah tersurat mereka berdua memang tercipta utk bersama. Athirah akhirnya kembali dr pelariannya dan berkahwin dgn Irfan.

Komen dari forumer~Acun

Ryana Adrina ni penulis baru ke?...haku dah baca novel ni...best aku suka & tak boring....tak mcm penulis baru yg mengolahnya. nak ulas panjang2 aku tak reti apa kata kita tunggu komen dari april je. tetapi kepada pencinta2 novel alaf. nak buat koleksi mmg tak rugi.aku nak bg 3 setengah bintang utk novel ni...***1/2

Komen dari email;

(Komen 1)

askm kak ryana,
saya ni salah satu pembaca novel kak, terutama novel bertajuk Lautan Kasih..
sy nak bg pandangan ja, sy suka cerita yg kak tulis,,n sy harap kak tulis lah cerita yg berkisarkan cerita kekeluargaan spti novel di atas, so simple but padat..not many controversi,...n one more, cerita novel di atas tu berkisar kepada seseorng ka....just asking..but anyway, i hope kak success at this area....i'll be one of ur fances at My....

from,

yati, sabah

Ada lagi beberapa komen, tapi rasanya cukuplah sampai sini dulu. Nanti Ryana cuba upload lagi ya!






Selasa, Januari 01, 2008

Eppy New Year Everybody!!! Welcome 2008!

For Princess Diana, Editor's Pick featured photo 8/31/07">For Princess Diana, Editor's Pick featured photo 8/31/07" border="0" alt="" />


Akhirnya tahun baru bersambut sudah.. Walaupun sedikit terlambat mengucapkannya. Dalam hiruk pikuk manusia menyambut Tahun Masihi 2008 ini, rasanya belum terlambat untuk menyorot kembali kenangan pahit manis yg berlaku di tahun 2007. Banyak sangat rasanya kenangan pahit mahupun manis. Nak dikira tak terhitung dek jari.

Moga2 Tahun 2008 membawa kebahagiaan. Ryana skrg ni sibuk nak siapkan manuskrip. Jadi, doa2kanlah moga cepat disiapkan!