Jumaat, November 30, 2007

Berdebar-debar...

Tajuk kat atas ni mesti buat anda yg membaca rasa berdebar jugak kan! Ryana tengah berdebar-debar kerana banyak benda. Pertama, baru jer beberapa minit yg lalu terserempak secara tiba-tiba dgn YTM Dr. Raja Nazrin Shah. Terkedu, sampai tahap tak terkata apa-apa. Hensemnya! Ini kali kedua Tuanku berkunjung (mcm x kena je nak tulis berkunjung. Memang sahihlah salah penggantian nama untuk kerabat diraja ni! Sepatutnya mungkin mencemar duli kot... baru kena) Kali pertama dulu, cuma dapat tengok saja, walaupun Tuanku Raja Nazrin ni memang mesra tapi serius. Mesra sebab adalah sorang mamat yg kerja kat sini juga ajak bergambar, dan dgn sportingnya Tuanku bergambar dengannya. Serius, sebab Tuanku memang serius. Susah nak tengok dia senyum pun. Kedatangan kali kedua ni, memang mengejutkan juga. Tetiba jer boleh berselisih dengan Tuanku waktu nak hantar buku ke department lain. Tak sangka betul itu Tuanku. Lepas Tuanku dah habis memilih buku di bahagian Economics (bhgn ni paling sunyi dlm kedai buku ni. Kalau ramai org pun cuma time weekend je), selalunya Tuanku akan terus ke cashier counter untuk buat pembayaran. Tapi malam ni tiba-tiba jer... Tuanku datang kat counter dan minta bakul untuk isi buku-buku yg Tuanku nak beli tu. Serius, ryana jadi terkedu dan tak terkata apa. Daulat Tuanku pun tak sempat nak ucap. Memang lah Raja-raja sekarang ni mungkin dah tak kisah lagi kalau tak ucap pun, cuma sekurang-kurangnya, kita kena beringat yg kita ni masih ada raja-raja yg berdaulat. Ryana hulurkan bakul dan kemudian... terdiam terus. Tuanku pula yg ucap terima kasih! Menggeletar lutut!
Apa lagi yg menyebabkan Ryana rasa berdebar-debar. Ahh... keputusan temuduga akan diketahui tak lama lagi. Harap-harap boleh lepas... Memang berharap sangat-sangat. Doakan Ryana berjaya, k!
Oklah sampai sini celoteh yg jarang2 sgt berkicau ni.

Isnin, November 19, 2007

Kenangan sepanjang Hari Raya 2007


Kali ni Ryana nak bercerita pasal sambutan raya. Walaupun Raya dah lama berlalu. Namun kemeriahannya masih dirasai.
Wah, tahun ni Ryana rasa meriah sangat menyambut raya. Tahun ni merupakan pengalaman pertama Ryana menghadiri beberapa buah rumah terbuka yang dianjurkan. Yang terakhir sekali pada minggu lepas (14/11/2007~ Dah jadi rumah terbuka Deepa Raya sepatutnya). Sebelum-sebelum ni memang tak pernah pergi langsung. Dok umah jer.Tahun ni mimpi apa ntah! *-*
Mula-mula sekali kisah beraya di kampung. Tahun ni beraya di kampung sederhana saja. Balik ke kampung pun sehari sebelum raya. Tahun ni ada ceritanya yang tersendiri. Ryana sebenarnya dah beli tiket untuk balik ke kampung yang sepatutnya ryana naik pada malam raya, tetapi disebabkan offer abang ryana... ryana and kakak balik ke kampung dengan family abang ryana tu. Sampai di kampung pukul 4 petang.
Rumah waktu tu dah ramai dengan adik-beradik yang lain. Kak Chaq, Kak Tie, Bang Set, Bang Tam... masing-masing bersama anak-anak. Itu baru empat keluarga. Kalau semuanya balik sekali gus, pasti tak muat rumah tu dibuatnya. Semasa tiba petang raya tu, emak dan kakak sedang masak rendang untuk dicecah dengan ketupat keesokan harinya. Jadi, kami yang baru sampai sibuklah menunggu rendang masak. Malamnya kami sekeluarga berbuka puasa ramai-ramai. Juadahnya ketupat dan rendang. Best sungguh! Waktu-waktu beginilah masing-masing buka cerita masing-masing. Paling syahdu bila terdengar takbir raya bergema.

Malamnya sessi memasang langsir dan me'lawa'kan rumah. Tapi sebenarnya tak banyak yang perlu dibuat sebab yang lain tu emak dan adik dah siap-siap buat beberapa hari sebelum raya. Malam semakin larut lak... Dan malam di mana ada siaran langsung conversation antara Sheikh Muszaphar ke bumi. Entah mengapa rasa bangga sungguh! *-* Tinggalkan kejap citer Sheikh Muszaphar, kembali kita pada citer raya.
Malam tu Ryana amik turn jadi penggosok baju. Semua baju (termasuk baju emak dan abah, adik dan kakak) ryana iron kan. Supaya senang. Pagi raya, lepas mandi, terus jer pakai baju yang dah siap bergosok tu. Lagi satu tak nak berebut part dengan orang lain plak. Dah lah nak masuk bilik air pun kena Q. Nak seterika baju pun sama, kena amik nombor.
Pagi Raya, Ryana bersama adik dengan emak serta dua orang abang pergi bersembahyang raya di masjid berhampiran. Abah Ryana pergi awal dengan kapcainya. Selesai sembahyang sunat Hari Raya, terus pergi beraya di rumah kakak Ryana yang tinggal lebih kurang 100 meter dari rumah Ryana. Tahun ni kakak Ryana (Kak Rodziah) pertama kali sambut Raya dengan menantu. Anaknya yang sebaya Ryana tu dah pun berkahwin bulan Jun yang lalu. Juadah di rumah Kak ryana tu, kuih raya dan mee kari. Rumah kakak Ryana ni merupakan destinasi wajib setiap kali raya. Tak kiralah raya puasa atau raya haji. Menunya memang sedap-sedap.
Raya tahun ni Ryana bersama keluarga turut berkunjung ke rumah adik-beradik di sebelah abah Ryana. Ini termasuklah ke rumah member kamceng ryana dari sejak sekolah menengah * Zihan*. Seronok berjalan ke Selengkoh (Daerah Yan) sebab pemandangannya banyak sawah padi. Mendamaikan jiwa betul. Kalau dok lama2 mesti leh dapat ilham buat novel selalu. (* Teringin nak memiliki tanah di kawasan sawah padi ini *)
Tapi yang paling tak bestnya raya kali ni sebab Ryana balik awal atas tuntutan kerja. Rasa malasnya nak kerja. Tapi terpaksa bila memikirkan tanggungjawab.
Balik ke KL, pada 4/11/2007 yg lalu, seorang staff MPH (orang kuat PR utk every single makan-makan) buat open house. Mula-mula macam malas, tapi akhirnya pergi juga ke rumah neneknya di Kg. Paya Jaras Dalam. Hehe... first time ke sana. Selalu lalu jer kat Sg. Buloh ni! Menu, nasi himpit, kuah kacang, mee kari, nasi lemak dan banyak lagi. Ramailah rakan-rakan yang berkunjung di rumah tanah lot Kg Paya Jaras Dalam malam tu. Ada yang melaram dengan baju raya beb! Tapi tak kisahlah... kita orang ni memang jarang pakai baju kurung. Sesekali pakia baju kurung apalah salahnya kan!!! Meriah memang meriah, tapi tak bawa kameralah nak amik gambar. So, tak adalah kenangan untuk malam tu! Insya Allah, lain kali kalau buat lagi, jangan lupa jemput ya Faizul!!!




06/11/07: Hari ni kebetulannya cuti. Awal-awal lagi dah cadang nak ke Shah Alam sebab ada rumah terbuka di Alaf 21, seksyen 16. First time bawak kereta ke Shah Alam. Itupun nasib baik ditemani oleh adik. Senanglah juga. Dengar-dengar cerita Alaf21 akan berpindah ke KJ. Lagilah mudah untuk Ryana kelak.
Sampai di Alaf21 kira-kira pukul 12.30 tgh hari. Sesampainya di sana (mula-mula tu seganlah nak masuk coz takut org tak kenal- kang kena halau lak) terus masuk ke bawah kemah. Itupun org memang tak kenal sebab penulis baru. Nasib baik ada Kak Wan yang kiranya masih mengenali hamba ini ( ha... itulah lain kali selalulah pergi road show bila dipanggil ek!) Sebagai penulis baru memang Ryana rasa diri kecil sangat. Apatah lagi dikelilingi oleh otai-otai seperti Kak Norzailina Nordin, Kak Aisya Sofea, Kak Lili Haslina, Kak Lili Suriani dan ramai lagi. Kebetulan Kak Aida Adriani (a.k.a Kak Seri di dunia blog) pun turut hadir. Maka, berborak dan bertukar2lah nombor telefon antara kami. Susah betullah dengan mek yang pemalu ni. Hesy!!! Balik ke Damansara lebih kurang pukul 3 ptg. Itupun sesat, sebab terlepas persimpangan ke PJ, jadi terpaksa masuk kawasan Sg. Way dan kembali masuk ke Federal Highway untuk buat U-turn. Anyway, sampai juga di rumah. Itupun tak terus balik ke rumah. Ryana dengan adik singgah jap kat 1 Utama. Ingat nak menonton 1957: Hati Malaya. Tapi frust sebab tayangannya pukul 7.30 mlm. Maghrib pula... dan sepatutnya waktu tu dah kena pergi ambil kakak di Atria Damansara Jaya. Jadi, cancel tengok wayang dan terus gi merewang kejap dalam OU tu. Ingatkan leh la semangat tengok wayang dengan siap berbaju kurung hari tu.

14/11/2007

Ada dua perkara penting berlaku hari ini. Satunya pergi ambik test interview di Shah Alam, seksyen 7. Ada perkara besar yg berlaku di dalam perjalanan ke sana. Boleh baca di sini. Dalam part ni Ryana nak citer tentang sambutan raya jer.
Balik ke rumah Ryana duduk sekejap, rehatkan badan dan masak apa yang patut. Kebetulan ada kakak yang baru sampai dari Kedah semalam. So, berborak panjang dengannya. Lebih kurang pukul 2, dah siap-siap nak ke rumah Aini. Tetapi hujan turun dengan lebatnya, membantutkan mood. Hujan berenti kira-kira sejam kemudian. Bertolak ke rumah Aini sebab nak tolong dia orang masak untuk jamuan Raya pada sebelah malamnya.
Sampai di rumah Aini, (lokasi: Kayu Ara, Tkgt 9 ) dah ada Faizul. Aini tgh siang ayam, sementara si Faizul waktu tu tengah mesin cili kering. Lepas tu aku tolong take over kerja Faizul mesin cili kering pula. Waktu tu satu apa pun belum siap. Dok sekejap, datang pula si Khairul. Tugas dia, tolong balut present.
Dah settle mesin cabai( orang utara), Faizul dah siap-siap tos beras nak masak Nasi Hujan Panas. Terer sungguh si Faizul (sumpah, tak pernah masak nasik yg macam gini) masak nasi hujan panas sampai ada mak cik-makcik yang nak belajar. Panas tangan kerana mesin cabai tadi. Seperiuk besar cabai tu! Lepas dah settle part tu, Ryana tolong aini gorengkan separuh ayam. Separuh lagi belum ready untuk di goreng lagi. Sementara menunggu ayam masak di goreng, pergilah intai-intai kejap macam mana si Faizul tu buat Nasi Hujan Panas. Rupanya taklah susah sangat.
Lepas beberapa ketika, datang pula Balkis. Balkis tolong Khairul settelkan part balut hadiah. Balkis juga yang buat kek coklat untuk malam tu. Memang ummph... habis!!!
Lama juga di rumah Aini. Sampai jarum pendek dah tunjuk pukul 7, dan jarum panjang tunjuk pukul 6. Waktu untuk pulang ke rumah... Sebelum pulang tu, kami dah pun siapkan Nasi Hujan Panas, Nasi Tomato, Kek Coklat dan Ayam masak merah. Cepat juga ya!
Balik ke rumah mandi-mandi. Tetiba lak ada orang nak mengekor. Anak menakan (anak saudara**) dan kawannya nak join pergi 1 Utama. Siap2, pastu hantar dia orang ke 1U pukul 8.45. Lepas tu patah balik ke Atria untuk ambil adik. Kakak dan abang takde kat umah waktu tu. Dia orang ke rumah abang lagi seorang di Keramat, bawak kakak yang datang dari Kedah melawat ke sana. So, adik Ryana ni decide nak ikut gak pergi 1 Utama. Ryana ajaklah pergi join Jamuan raya tu, tapi dia orang tak nak. So, takkan nak paksa! *-*
Jamuan meriah sebab ramai yang datang. Ada yang last minute bayar pun datang juga. Tak kisahlah, janji meriah dan berjaya mengeratkan silaturrahim kan!
Ingat nak letak gambar dalam ni, tapi masih belum download sepenuhnya ke photobucket. Tunggu ya! Akan cuba download sikit2.
Kat bawah ni ada satu gambar yang tetiba tersesat. Njoy! *-*

(Dari kiri ke kanan: Ermah, Hamim dan adiknya Ummi, Kak Saadiah(Area Manager) and Iwan)